Assalamualaikum
Pagi khamis ni macam tak banyak kerja sangat, so macam sempat update sebarang dua cerita kat sini.. What i'm feeling blessed about??
Its about being surrounded by the AWESOME people that give u positive vibes.
Sejak lebih kurang setahun ni aku menjebakkan diri aku dengan sukan berlari-lari ni.. tak ada lah laju mana pun.. selalunya aku jalan tapi laju.. So far jarak yang paling jauh aku pernah buat 7km.. target aku untuk tahun ni nk buat 10km.. inshaaAllah.. doakan aku semoga kuat.. hehehehe
Cerita bermula bila si Lia, kawan baik aku ngajak teman untuk ronda-ronda kampung sambil keluarkan peluh di pagi hari jumaat yang damai ketika cuti.. tak ingat tarikh, tapi dalam bulan april jugak lah masa tu.. aku pon followlah dia.. tak jauh pun dalam lebih kurang 3km macamtu.
Then, hari-hariku berlalu seperti sedia kala.. hangat hangat taik ayam katenyeee.. hahaha.. sekali sekala je ikut si Lia tu..Malas banyak aku ni.. hahaha..
Sampailah lepas raya, kawan-kawan office mula bising pasal baju-baju lama dah sendat.. termsuklah aku,, hahaha.. then diaorang cadang nk buat challenge untuk turunkan berat badan, sape paling banyak dapat hadiah..waahhh, gittuww..
Apalagi, dengor pasal hadiah, kemain semua acah-acah semangat.. hahaa.. maka bermulalah perjalanan kami setiap petang lepas waktu kerja untuk jogging sekitar kawasan UTHM..
Bila mana masing-masing semangat menyahut cabaran.. bolehlah walaupun tak ramai.. |
Ini jelah geng yang tinggal walaupun kadang ada yang on off |
Apa yang menjadikan aku lebih bersemangat adalah apabila rakan-rakan dikampung mula mencadangkan untuk membuat satu kelab fitness.. Dan kami namakan kelab kami RUN4FIT Felda Air Tawar 2..ahgittuww..
hari pertama mendapat sambutan yang menggalakkan dari kawan-kawan.. |
aktiviti yang dijalankan setiap hujung minggu masih berjalan seperti biasa dan sambutannya masih hangat seperti awal-awal dulu.. |
Alhamdulillah, dengan semangat yang kawan-kawan ada and beri, kami berjaya menganjurkan satu event larian yang melibatkan orang awam jugak.. Seronok sangat bila dapat realisasikan plan tu.. orang ramai pun sambut dengan baik.. ramai yang daftar.. lebih kurang 300 peserta yang join.. Allah.. tak tau nak gambarkan dengan rasa apa.. Terima kasih semua..
4 manusia yang menjadi tulang belakang RUN4FIT.. thanks gaiss.. aku sayang korang |
Alhamdulillah.. aku dikelilingi oleh manusia-manusia super positif.. Walaupun kadang-kadang aku tak tergugat, sedikit sebanyak mereka banyak membantu aku membina semula keyakinan aku.. TERIMA KASIH... TERIMA KASIH... TERIMA KASIH...
Semoga aku tetap terus positif dan bersemangat!!!
No comments:
Post a Comment