Thursday, April 11, 2019

FEELING BLESSED

Assalamualaikum

Pagi khamis ni macam tak banyak kerja sangat, so macam sempat update sebarang dua cerita kat sini.. What i'm feeling blessed about?? 

Its about being surrounded by the AWESOME people that give u positive vibes. 


Sejak lebih kurang setahun ni aku menjebakkan diri aku dengan sukan berlari-lari ni.. tak ada lah laju mana pun.. selalunya aku jalan tapi laju.. So far jarak yang paling jauh aku pernah buat 7km.. target aku untuk tahun ni nk buat 10km.. inshaaAllah.. doakan aku semoga kuat.. hehehehe

Cerita bermula bila si Lia, kawan baik aku ngajak teman untuk ronda-ronda kampung sambil keluarkan peluh di pagi hari jumaat yang damai ketika cuti.. tak ingat tarikh, tapi dalam bulan april jugak lah masa tu.. aku pon followlah dia.. tak jauh pun dalam lebih kurang 3km macamtu. 

 


 Then, hari-hariku berlalu seperti sedia kala.. hangat hangat taik ayam katenyeee.. hahaha.. sekali sekala je ikut si Lia tu..Malas banyak aku ni.. hahaha..

Sampailah lepas raya, kawan-kawan office mula bising pasal baju-baju lama dah sendat.. termsuklah aku,, hahaha.. then diaorang cadang nk buat challenge untuk turunkan berat badan, sape paling banyak dapat hadiah..waahhh, gittuww..

Apalagi, dengor pasal hadiah, kemain semua acah-acah semangat.. hahaa.. maka bermulalah perjalanan kami setiap petang lepas waktu kerja untuk jogging sekitar kawasan UTHM..

Bila mana masing-masing semangat menyahut cabaran.. bolehlah walaupun tak ramai..

Ini jelah geng yang tinggal walaupun kadang ada yang on off



Apa yang menjadikan aku lebih bersemangat adalah apabila rakan-rakan dikampung mula mencadangkan untuk membuat satu kelab fitness.. Dan kami namakan kelab kami RUN4FIT Felda Air Tawar 2..ahgittuww..

hari pertama mendapat sambutan yang menggalakkan dari kawan-kawan.. 

aktiviti yang dijalankan setiap hujung minggu masih berjalan seperti biasa dan sambutannya masih hangat seperti awal-awal dulu..


Alhamdulillah, dengan semangat yang kawan-kawan ada and beri, kami berjaya menganjurkan satu event larian yang melibatkan orang awam jugak.. Seronok sangat bila dapat realisasikan plan tu.. orang ramai pun sambut dengan baik.. ramai yang daftar.. lebih kurang 300 peserta yang join.. Allah.. tak tau nak gambarkan dengan rasa apa.. Terima kasih semua..


4 manusia yang menjadi tulang belakang RUN4FIT.. thanks gaiss.. aku sayang korang
Alhamdulillah.. aku dikelilingi oleh manusia-manusia super positif.. Walaupun kadang-kadang aku tak tergugat, sedikit sebanyak mereka banyak membantu aku membina semula keyakinan aku.. TERIMA KASIH... TERIMA KASIH... TERIMA KASIH...

Semoga aku tetap terus positif dan bersemangat!!!  






Tuesday, April 9, 2019

UPDATED

UPDATED

Taking a little some time to look at my old blog that i loved before.. hahaha.. in been a while that i update any stories here.. like forever.. its been 7 years tak jenguk kat sini.. I came once last year and just go through some stuff here then i forgot again about this blog.. hahahaa.. demmm

And today, I read back all the posting i've made.. demmmm.. malu siooottt..:D.. serious ahh aku macam tu dulu?? hahaha.. rasa macam nak delete je blog ni, but then, aku pikir-pikir balik, why not simpan je and sambung je terus posting kat sini kan.. All that posting gonna be my memories.. 

Bila go through blog ni rasa macam nk update header and content dia.. tapi macam tak sempat lagi nak design.. so, kita postpone next time lah.. kita update post je hari ni.. hahaha.. tapi sumpah weyh, bila baca balik ayat-ayat aku posting yang dulu-dulu tu, rasa macam childish gila.. ayat entah apa-apa je.. malu ahhh.. 

So, now i'm currently working at UTHM TERCHENTA ni.. its been 3 years aku kerja kat sini.. keluar masuk keluar masuk dah dua kali.. ni masuk kali ke 3 untuk tahun ke 3 di pejabat yang sama.. biasalah kerja kontrak kan.. habis kontrak, balik kampung.. dapat kontrak lagi, datang balik berkhidmat.. Cuma nasib untuk dapat kerja tetap belum ada lagi.. aku tau abah risau, tapi abah kata "tak apa.. percaya pada rezeki Allah.. InshaaAllah semuanya dalam redha DIA.." 

Ohh.. btw, my mom passed away last year on 23rd March 2018.. dah setahun dah.. tapi rasa macam baru je lepas aku jaga dia dekat hospital.. Alhamdulillah, aku sempat bantu mandikan dan kafankan jenazahnya.. Nikmat yang tak terhingga yang Allah beri pada aku.. 10 tahun mak sakit ulang alik hospital, kiranya hospital tu dah macam rumah kedua aku jugak.. cuti midsem seminggu pun aku pernah habiskan dekat hospital jaga mak.. Alhamdulillah.. aku rasa lega sebab aku puas jaga dia sepanjang ketidaksihatan beliau.. Semoga roh SITI KATIJAH BINTI HJ MOHD NOOR ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Aamiinn.. InshaaAllah.. Al-fatihah..

For now aku gagahkan diri untuk ulang alik parit raja - kota tinggi setiap minggu demi abah.. Abah sorang-sorang kat kampung tu.. biasalah orang tua, bila diajak tinggal dengan anak-anak, mana maunya dia.. lebih rela duduk rumah tu sorang-sorang.. katanya, tak boleh biarkan rumah tu kosong lama-lama.. rumah kalau tak bau orang, nanti macam-macam yang singgah kata abah.. so, tak apalah.. aku sebagai satu-satunya anak yang masih bujang, yang masih tiada komitmen terhadap benda-benda lain, pulanglah ke kampung setiap minggu.. 

Aku bukan mengeluh okayyy.. aku tak kesah pun sebab aku suka drive.. walaupun penat, but i enjoy it.. kalau kau nk suruh aku drive jejauh pon aku okay.. cuma kalau nk ajak pegi tempat baru tu, kau kene ada kat sebelah lah.. tak pon aku pasang GPS aku kekuat.. sambil-sambil aku borak dgn org dalam GPS tu.. hahaha.. 


hhmmm, apa lagi nk update eak.. Hidup masih biasa-biasa je.. tak ada yang luar biasa except for aku masih lagi single.. hahahaha.. dehekk.. xde orang nk dekat aku keeee?? hahaha..okayy, out of topic.. For now, focus kat abah dulu.. sampai masa nanti aku edar kad okayy.. *wink

okaylah, thats it for today.. later on kalau ade bende lagi yang aku nak bebel, nanti aku post sini.. 

p/s : ayat campur aduk kan?? kejap omputeh kejap melayu.. hahaha.. aku tau kau annoyed.. eehh, suka hati aku lah, blog aku.. aku nk improve english aku, bior lah.. (okayy, aku tak marah sebenarnya)


xoxo