ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT MALAM wahai readers... hehehee.. (sbb tulis entry ni malam).. ha, firstly, aku nak tanya dulu, korang suka makan airkrim vanila ke coklat??? kalau aku, aku lebih prefer vanila coz aku ni mmg tak suka sgt dgn coklat.. hahahaa, kenapa tetibe tnya pasal perisa aiskrim ni??? dah la vanila dgn coklat je.. padahal byk lg perisa yang ade..
haaa... ni semua gara2 penangan cerita vanila coklat tu lah.. alahhh, yang tayang kat TV3 hari selasa pukul 9 malam tu.. semalam kan lepas je tayang cerita tu, peeehhhh... memacam status kawan2 fb aku kat wall dyorg.. semuanya post pasal cerita vanila coklat tu.. (termasuk aku) hahahahaaa... macam budak je aku ni,, tak matang langsung.. hahaa..
actually cerita ni banyak pengajarannya kalau kita tgk betul2.. bukan dari segi keromantisan kedua pasangan tu je, tapi dari segi lain pun banyak.. misalnya kesabaran seorang suami menghadapi karenah isteri yang disayangi, berkorban demi orang lain, respect pada diri sendiri dan orang lain, melaksanakan tanggungjawab, dan yang paling penting perkahwinan yang direstui keluarga.. haaa, tu penting!!!
hahaa, yang aku nak tergelak nye tu, lepas tgk episod yang semalam, ade dlm kalangan member2 FB aku dok berangan nak jadi macam ZARA N AMIR dalam cerita tu.. hehehee...(aku pun ade gak terfikir) kah3.. emmm, ape korang rasa??? segala yang tertulis dalam skrip dan dterjemahkan ke dalam drama tu kan, ada ke berlaku dekat alam reality??? bagi aku la kan, ada je yang berlaku.. kalau tak, takkan diorang boleh buat cerita macam tu kan..
jujur, aku pun pernah terfikir nak kawin muda satu ketika dulu (sebelum cerita vanilla coklat ditayangkan).. aku teringin nak berumah tangga dan punya anak ramai.. aku nak sangat bina keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah.. aku nak kejut suami aku bangun subuh, dan solat bersama2, makan bersama dengan keluarga, kemas rumah sendiri, decorate rumah sendiri ikut cita rasa sendiri dan macam2 lagilah... hehehe...(miang sikit)
tapi,,, sebenarnya alam rumah tangga ni tak seindah yang dibayangkan.. tak seBEST yang di impikan.. banyak onak, ranjau berduri yang harus diharungi.. kalau tak, tak ada lah pepatah yang megatakan "SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA SUAMI ISTERI".. dan kalaulah alam rumah tangga tu seindah dan sebest yang di bayangkan, tak adalah kes cerai berai antara suami isteri, bergaduh sampai terbang periuk belanga (agak melampau, haha).. kann...
aku percaya, bukan sahaja dalam alam rumah tangga tapi di dalam sesuatu hubungan tu banyak element penting yang harus dititkberatkan macam kepercayaan, kesetiaan, kejujuran, keyakinan dan juga kebertanggungjawaban.. pada aku semua tu penting dalam perhubungan. tak semestinya pasangan kekasih, dalam persahabatan bahkan dalam hubungan kekeluargaan pun, semua aspek tu penting.. betul tak???
apa2 pun dalam setiap setiap perubungan tu ada macam2 cerita, memori yang terjadi,, dan segala yang berlaku itu adalh kenagan dan pengalaman.. EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER.. AM I RIGHT??? so, gunakan lah setiap pengalaman tu untuk kehidupan akan datang... :)
aku akui diorang mmg SWEET... heheheee...
AZ---> kumpul ilmu byk2 dulu baru boleh kawin.. hehehe
wassalam...